Lazada Malaysia
 

Perak FA WhitePersatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan membuat sesi pemilihan pemain-pemain untuk skuad Piala Presiden (Bawah 21 tahun) dan skuad Belia (Bawah 19 tahun) untuk musim 2012 secara serentak di 4 lokasi pada 8:30 pagi, Sabtu, 24 September 2011 depan.

Borang untuk mencalonkan nama pemain-pemain ke sesi pemilihan, akan diedarkan melalui Setiausaha Persatuan Bolasepak Daerah masing-masing. Kerjasama dari semua Setiausaha Daerah adalah diharapkan agar dapat menyalurkan maklumat tentang pemilihan ini kepada semua pasukan yang menjadi Ahli Gabungan Persatuan di daerah masing-masing, kerana inilah peluang terbaik bagi pemain mereka untuk bermain di peringkat negeri dengan bakat dan kebolehan yang ada.

Kepada yang berminat untuk menyertai pemilihan ini, sila dapatkan borang pemilihan dari Persatuan Bolasepak Daerah masing-masing.

Zon-zon pemilihan :
Zon A – Pemain-pemain dari Larut Matang & Selama, Kerian, Hulu Perak dan Gerik
Zon B – Pemain-pemain dari Hilir Perak, Kampung Gajah, Perak Tengah dan Manjung
Zon C – Pemain-pemain dari Ipoh, Lenggong, Kuala Kangsar dan Majlis Sukan India Perak
Zon D – Pemain-pemain dari Batang Padang, Slim River, Kampar dan Batu Gajah

Lokasi-lokasi pemilihan :
Zon A – Padang Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting
Zon B – Padang Majlis Perbandaran Teluk Intan, Teluk Intan
Zon C – Padang Taman DR, Ipoh
Zon D – Padang Majlis Daerah Tapah, Tapah

Pemilihan akan diadakan dalam 2 peringkat :

Pemilihan Peringkat pertama : 20 hingga 25 orang pemain terbaik akan dipilih dari setiap zon. Pemilihan oleh jurulatih tempatan yang telah menghantar salinan sijil kepada PAFA dan akan dikelolakan oleh pegawai-pegawai Persatuan Bolasepak Perak di setiap lokasi pemilihan.

Pemilihan Peringkat kedua : 25 orang pemain akan dipilih untuk menjalani latihan pusat bagi persediaan menghadapi kejohanan sebenar yang akan bermula pada Februari 2012. Pertandingan antara zon secara karnival di Ipoh pada satu tarikh yang akan di tetapkan. Pemilihan akan dikendali oleh Abu Bakar Fadzim (Jurulatih Piala Presiden), Shamsul Saad (Jurulatih Belia), Ishsam Shaharuddin (Pengurus Piala Presiden) dan Zainal Anuar Abd Rashid (Pengurus Belia).

PAFA merasakan ini adalah cara terbaik bagi mencari pemain berbakat di seluruh negeri Perak selain memberi peluang kepada jurulatih dan pegawai-pegawai Persatuan di daerah-daerah turut bersama dalam usaha membentuk pasukan-pasukan pelapis yang mantap.

PAFA tidak mahu ada yang merasa dipinggirkan, justeru memberikan peluang kepada mereka untuk bersama dengan PAFA demi kemajuan bolasepak di Perak. Walaupun ada daerah-daerah yang menghadapi masalah tertentu, pihak PAFA tidak mahu pemain-pemain dari daerah tersebut dikecualikan, malah menggalakkan semua pemain-pemain berbakat untuk mencuba.

Untuk mencapai matlamat perancangan agar penglibatan daerah-daerah tidak disisihkan dan sentiasa diberi perhatian, PAFA telah menubuhkan Jawatankuasa pasukan Negeri yang di pengerusikan sendiri oleh YB Datuk Zainol selaku Presiden PAFA.

Ianya bertujuan untuk memastikan semua perkembangan yang berkaitan dengan pasukan Liga Super, Piala Presiden dan Belia dapat dipantau dengan serius dari pelbagai sudut.

Mesyuarat bagi mengendalikan pemilihan skuad Piala Presiden dan Belia ini, akan diadakan pada jam 2.30 petang, Sabtu, 10 September 2011 di pejabat PAFA. Kesemua Setiausaha Persatuan Bolasepak Daerah dan jurulatih yang terlibat akan dijemput ke mesyuarat ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  10 Responses to “Pemilihan pemain Piala Presiden 24 September”

  1. coach daerah pon tak kenal..boleh datang sendiri ker??

  2. mcm aner mudah tk dapatkn borang

  3. cra mudah tuk dapatkn borang pemilihan mcm maner

  4. klau sya dari ngri lain bleh tk..sya dari tggnu tp sya berminat
    klau ad respon boleh msj sya tk..0148486291..
    pmain tggnu dan felda united

  5. macam mana kalau sya dri ngri lain..tp sya berminat…klau ad respon boleh msj saya
    0148486291..pemain bola tggnu

  6. blh ke dtg sndri..

  7. reply lha admin , kalo dtg sndiri tak bole ke ?

  8. bagaimana individu yg berkelayakan untuk menghadiri sesi ini seandainya individu tersebut kini tidak berada dikawasan mereka sendiri…..mungkin tidak tahu disebabkan penyebaran perkara ini terbantut……maksud saya ianya tidak di hebahkan secara tepat

  9. kalo datang sndiri boleh x? maksudnye bukan di bawah mane2 coach..sbb susah nak cari dan x kenal coach daerah..lagipon ade daerah2 yg x antar player2..tu sbb kalo nak dtg sndiri boleh x?

  10. mcm mna yg tgh blajar?

 Leave a Reply