Perak President Cup squad 2011Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan mengadakan pemilihan untuk skuad Piala Presiden dan Piala Belia negeri itu mulai Sabtu ini di Taiping, Teluk Intan, Tapah dan Ipoh.

Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, sesi pemilihan akan berlangsung di padang Majlis Daerah di setiap bandar berkenaan.

“Pemilihan terbuka kepada pemain bawah 21 tahun bagi Piala Presiden dan bawah 19 tahun bagi Piala Belia,” katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi persatuan bola sepak daerah bagi pendaftaran.

“Bekas pemain kejohanan tahun lepas juga dipelawa menghadiri ujian bagi memastikan kecergasan kerana tiada laluan automatik untuk mereka menyertai pasukan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, antara 20 hingga 25 pemain akan dipilih dari setiap venue sebelum pemilihan akhir pada Februari depan.

Zon-zon pemilihan :
Zon A – Pemain-pemain dari Larut Matang & Selama, Kerian, Hulu Perak dan Gerik
Zon B – Pemain-pemain dari Hilir Perak, Kampung Gajah, Perak Tengah dan Manjung
Zon C – Pemain-pemain dari Ipoh, Lenggong, Kuala Kangsar dan Majlis Sukan India Perak
Zon D – Pemain-pemain dari Batang Padang, Slim River, Kampar dan Batu Gajah

Venue-venue pemilihan :
Zon A – Padang SM Teknik Taiping, Kamunting
Zon B – Padang Majlis Perbandaran Teluk Intan, Teluk Intan
Zon C – Padang Taman DR, Ipoh
Zon D – Padang Majlis Daerah Tapah, Tapah

Artikel asal di BERNAMA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply