Norizan Bakar 03“Pihak pengurusan meluluskan permohonan cuti Norizan (Bakar) dan (Chong) Yee Fatt akan mengendalikan skuad Seladang dalam dua perlawanan terakhir.”

Itu merupakan kata-kata pengurus pasukan Perak Khairul Azwan Harun. Baca selanjutnya disini.

Ada pemain-pemain Perak pula yang terkejut dengan perkembangan ini.

“Kami pun tahu dari Twitter, Facebook dan blog. Kami tak pasti perkara sebenar.”

Rakan-rakan dari pihak Media pula gagal menghubungi Norizan (gambar), atau lebih dikenali sebagai Cigku Zan.

Ada yang menyatakan pihak pengurusan marah apabila Perak kalah 6-0 kepada Kelantan baru-baru ini. Maka Norizan pun terus direhatkan.

Ada pula desas-desus yang menyatakan Cikgu Zan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan segelintir anak buahnya tetapi majikannya enggan percaya.

Apa sekali pun, harap pihak-pihak yang berkenaan tampil ke hadapan untuk memberitahu situasi sebenar. Dan harap Perak dapat belajar daripada perjalanan mereka dalam Liga Super musim ini apabila menghadapi saingan baru di Piala Malaysia nanti.

HD kata: Sedih benar bila Perak kalah besar. Haih.

Artikel asal di blog Foul! oleh Haresh Deol.
Foto oleh Yusrie Zulkifli (Perak F.A.).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply