vuvuzela-yellowKetika latihan diadakan di Padang Ipoh, Coach cakap tiada rombakan besar dilakukan apabila menentang Felda United esok, cuma 2 pertahanan yang dikenakan kad merah ketika menentang DTFC Jumaat lepas mungkin diberi peluang kepada pemain muda..

awok sebagai penyokong yang tak reti tektikal ni cuma mengharapkan yang terbaik dari pasukan.

Cuma awok harap kakitangan stadium tu kalau nak tegas bior bertempat..

Awok ingat lagi masa game pertama lawan T-Team hari tu, petugas PAFA rampas vuvuzela yang budak-budak pegang di pagar masuk.. terus disimpannya.. budak tu terus tergamam.. mana idoknya.. nama pun budak-budak..

Pesan laa kat ayahnya menatang tak boleh dibawa masuk.. simpan la dikereta..

Awok hangin bukan apa.. petugas rampas di pagar, tapi dikhemah jualan cenderamata dijual pulak benda “haram” tuh.. apa fungsi petugas tahan di pagar sedangkan di dalam stadium dibenarkan jual?? tak ke tengin namanya? bising jugak dalam stadium dengan bunyi natang tu.. itu jam taknak rampas pulak?? jawab PAFA jawab!

Artikel asal di CerghiterBola.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...