Seladang Fan ClubDenda RM82,500 terhadap Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tidak dipersetujui kebanyakan kelab-kelab penyokong bola sepak Perak.

Mengulas lanjut, Presiden Seladang FC, Zul Che Ani menyifatkan denda itu umpama salah satu cara mudah bagi badan induk bola sepak negara itu untuk menjana ‘pendapatan sendiri.’

Oleh itu menurutnya, sudah tiba masanya persatuan bola sepak negeri seluruh negara bangkit cabar kewibawaan FAM itu sendiri dan kembalikan FAM kepada ‘landasan’ sebenar.

“Denda ini tidak ubah bagaikan cara mudah bagi FAM untuk mencari duit. Tidak cukup dengan mengaut untung daripada pihak penaja.

“Semua pihak perlu buka mata; berapa sangatkah nilai geran tahunan yang disalur kepada persatuan bola sepak negeri saban tahun, berbanding jumlah denda yang dikenakan? Adakah kerana takut digantung, membuatkan pihak persatuan bola sepak negeri hanya mampu berdiam diri?

“Justeru sama-samalah kita fikir bagi mengembalikan FAM pada ‘landasannya’ sebenar. Ayuh, bantulah arena bola sepak Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman berharap agar FAM dapat mempertimbangkan rayuan daripada pihak Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Katanya, jumlah denda berkenaan adalah terlalu besar jika dibandingkan dengan insiden yang berlaku pada malam 27 April lalu itu.

Artikel asal di Sinar Harian.

Siapakah pelakon kegemaran anda? Undilah untuk pemenang #AnugerahBlokbuster2 di sini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply