Perak FA Yellow 300x300Perak perlu menang kesemua baki empat pelawanan menentang Pahang, Loins, Kelantan dan ATM bagi menjamin Perak terus kekal dalam Liga Super musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, tindakan drastik akan diambil bagi memastikan kedudukan Perak dalam liga dibaiki.

Menurut Zainol, tiada kompromi mengenai prestasi pasukan yang kini berada ditangga kesembilan liga.

Beliau memberitahu, untuk memperbaiki kedudukan dalam carta, tindakan drastik sesi 2014 akan dimulakan sekarang dan PAFA tidak akan menunggu hingga tamat musim.

“Ini adalah antara keputusan yang telah dicapai semasa mesyuarat jawatankuasa,” katanya kepada media semasa sidang media di PAFA petang semalam.

Menurut Zainol, selaras dengan hasrat FAM menswastakan Liga Malaysia pada 2016, PAFA telah mengorak langkah lebih awal dengan mendaftarkan Perak Football Club (PFC) bagi mengantikan nama pasukan Perak.

“Pada tahun 2016, nama negeri akan ditukar menjadi nama kelab atau syarikat dan PAFA telah mendaftar Perak FC sebagai kelab yang akan datang,” jelas beliau.

Bagaimanapun, beliau menambah, PAFA akan tetap akan memantau sepenuhnya perkembangan pasukan yang berada di bawah pengurusan kelab tersebut dari masa ke semasa.

Zainol memberitahu, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PAFA juga memutuskan untuk membuat beberapa perlantikan bagi melancarkan lagi pentadbiran persatuan.

Katanya, Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahrul Zaman Yahya sebagai Jawatankuasa Eksekutif PAFA dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Datuk Ismail Saffian sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Perak.

Di samping itu, kata beliau, PAFA turut melantik tiga orang Ahli Jawatankuasa Tetap yang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Beliau menjelaskan, walaupun Perak bebas dari gejala rahsuah, langkah berjaga-jaga perlu diambil dari sekarang dan rombakan akan dilakukan bagi memperkemaskan struktur jawatankuasa untuk berkerjasama sepenuhnya kepada FAM.

Artikel asal di PerakNews.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply