Perak FA Yellow 300x300Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengambil langkah setapak ke hadapan apabila membuat keputusan untuk mendaftar nama pasukan Perak kepada Perak Football Club (Perak FC), lapor SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Langkah itu diambil berikutan hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahu menswastakan Liga Malaysia mulai 2016 ini.

Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, jawatankuasa Perak FC itu akan dianggotai beberapa eksekutif Pafa serta Pafa Holdings yang akan bertindak sebagai pemantau perkembangan kelab dari masa ke semasa.

“Perak FC ini juga akan dianggotai individu yang diyakini dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada pengurusan pasukan.

“Pendaftaran Perak FC ini bukan bermakna Pafa tidak lagi wujud kerana kita masih terlibat mengelolakannya selain mentadbir bersama Pafa Holdings,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk membawa Jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah ke negeri itu, Zainol berkata, ianya perkara biasa yang berlaku dalam arena bola sepak.

“Biasalah kalau kita tengok EPL pun, macam-macam cerita perpindahan pemain dan jurulatih ada. Bagaimanapun, ia hanya cadangan KFA dan belum ada hitam putih mengenainya,” katanya.

Artikel asal di Sinar Harian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply