Lazada Malaysia
 

Seladang Fan ClubKelab-kelab peminat dan penyokong bolasepak di Perak bersepakat untuk bekerjasama mengumpul dana bagi membantu Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) membayar denda yang perlu dijelaskan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berjumlah RM82,500.

Kelab-kelab yang terlibat adalah Seladang, Ultras, Yeop Forever, PAFA Fan Club, Kelab Peminat Bola Sepak Perak dan Die Hard Fan.

Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaludin berkata, kutipan derma akan diadakan semasa perlawanan menentang Lions XII di Stadium Perak pada 25 Jun ini, bermula jam 7.00 malam.

Menurut beliau, sebanyak enam tabung derma akan diletakkan di pintu masuk B,D dan E dan setiap tabung akan dijaga oleh dua kelab peminat.

“Sehubungan itu, penonton dan peminat yang datang untuk menyaksikan perlawanan pada hari tersebut boleh menghulurkan sumbangan ikhlas kepada pihak PAFA,” katanya pada sidang media di pejabat PAFA di Ipoh hari ini.

Beliau menambah, sekiranya jumlah yang dikutip itu tidak mencukupi, kemungkinan pihak PAFA akan melanjutkan kutipan derma dalam perlawanan bertemu Kelantan pada 2 Julai nanti.

Dalam kejadian ketika perlawanan terakhir di Stadium Lumut, 27 April lalu, keghairahan penonton yang begitu teruja meraikan kemenangan besar pertama Perak musim ini sehingga mengakibatkan para penonton memasuki padang.

Pihak PAFA masih menunggu keputusan rayuan yang telah dikemukakan untuk mengabaikan pertuduhan keempat yang dilihat bertindih dengan pertuduhan satu,dua dan tiga.

Artikel asal di PerakNews.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply