Perak FA Yellow 300x300Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan pengadil pada perlawanan Liga Super menentang Lions XII di Stadium Ipoh, kelmarin, lapor NURUL RIDUAN NOR ASHAHA.

Perkara itu disahkan Jurulatih Seladang, Mohd Azraai Khoor Abdullah kepada Sinar Harian selepas beliau mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Pafa.

Azraai berkata, bantahan tersebut yang berbentuk rakaman video akan diserahkan kepada FAM dalam tempoh terdekat.

“Saya sudah menonton perlawanan ulangan lebih daripada sekali. Ternyata ada keputusan pengadil yang meragukan.

“Kita bukan membuat bantahan secara membuta-tuli tetapi kita ada bukti tayangan video termasuk ulasan daripada pengulas sukan,” katanya, semalam.

Ketika mengulas perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 itu, Azraai yang ternyata terkilan berkata, sepatutnya Perak boleh meraih tiga mata penuh.

Bagaimanapun pengendali skuad Seladang itu berkata, biarpun gagal meraih mata penuh, beliau berpuas hati dengan barisan sebenar pemain Perak.

“Kami ada dua lagi baki perlawanan iaitu menentang Kelantan dan ATM. Kami cukup bersedia,” katanya.

Artikel asal di Sinar Harian.

The best way to celebrate 100 years of awesomeness!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply