Lazada Malaysia
 

Piala Presiden 300x300Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengambil langkah tersendiri untuk memartabatkan ‘juara’ Liga Piala Presiden yang melabuhkan tirainya di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

Sehubungan dengan itu, PAFA memberi habuan sebanyak RM25,000 dan medal kepada pemain-pemain muda Piala Presiden Perak.

Perak mencatat 23 kemenangan, seri lapan perlawanan dan kalah tiga perlawanan.

Catatan tersebut membolehkan Perak mengumpul 77 mata, mengenepikan pencabar terdekat Johor di tangga kedua.

Dalam perlawanan terakhir, Perak mencatat keputusan seri 3-3 dengan Perlis.

Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, persatuan itu terpaksa mengambil langkah tersebut kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin terlepas pandang mengenainya.

“PAFA menyediakan hadiah wang tunai dan medal tersebut bertujuan memberi semangat kepada para pemain muda,” jelas Zainol.

“Mereka telah bertungkus lumus selama enam bulan mengharungi 34 perlawanan dan PAFA merasakan mereka berhak diberi penghargaan,” tambahnya.

Presiden PAFA berharap, langkah tersebut akan membuka mata FAM supaya memberikan sedikit penghargaan kepada pasukan yang muncul Juara Liga Piala Presiden.

Sementara itu, jurulatih, Abu Bakar Fadzim terharu dengan penghormatan yang diberikan oleh PAFA kepada anak-anak buahnya.

“Penghormatan ini akan menjadi pencetus semangat para pemain Perak untuk mempertahankan kejuaraan Piala Presiden,” katanya.

Artikel asal di PerakNews.

How to ‘minta maaf’ the awesome way!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply