Shahrom KalamKapten Shahrulnizam Mustapa sudah menyertai latihan mulai Jumaat lalu dan kini jurulatih Perak Mohd Azraai Khor Abdullah hanya menunggu tonggak benteng, Mohd Shahrom Kalam pulih daripada kecederaannya.

“Shahrul sertai latihan pasukan Jumaat lalu. Ini perkhabaran baik buat Perak. Cuma tinggal Shahrom sahaja masih dirawat. Dia dijangka boleh menyertai latihan pasukan dua minggu lagi,” katanya.

Begitupun ketiadaan Shahrom tidak merisaukan Azraai yang sudah mempunyai pengganti andai pemain itu tidak sempat pulih untuk menghadapi tugasan Piala Malaysia 2013 bermula 20 Ogos.

Menurut Azraai, ini bukan kali pertama Seladang beraksi tanpa tonggak pertahanan itu kerana Shahrom sudah tidak beraksi dalam baki empat perlawanan Liga Super lalu iaitu menentang Pahang, Lions XII, Kelantan dan Pahang.

Malah ketiadaan pemain itu tidak menjejas kemampuan benteng kerana pemain seperti Mohd Hisyamuddin Sha’ari berjaya memikul peranan bergandingan dengan awang import Brazil, Rafael Souza Silva Novais dengan berkesan.

Katanya, pemain muda seperti Mohammad Syamil juga berkeupayaan memikul tugas dengan baik seperti ditunjukkan dalam perlawanan persahabatan.

“Saya tidak bimbang kerana ada pengganti andai berlaku kecederaan dan penggantungan pemain.

“Saya gembira menyerapkan tenaga lapan pemain muda Piala Presiden dalam liga lalu.

“Tindakan saya menggunakan mereka berbaloi kerana mereka kini bersedia diturunkan dalam Piala Malaysia.” Jurulatih itu yang mengadakan latihan sebelah malam sejak seminggu lalu puas hati hati dengan penerimaan anak buahnya terhadap gerak kerja dilakukan.

“Tiada rungutan malah pemain berlatih dengan penuh dedikasi dan bersemangat,” katanya.

Azraai berkata setakat ini anak buahnya menguji diri dengan mengadakan sparring bersama pemain Piala Presiden dan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kedah 30 Julai ini.

Artikel asal di myMetro.

Marilah berazam Raya bersama Watsons, dengan Faizal Tahir!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply