Lazada Malaysia
 

Azraai Khor Abdullah 01Jurulatih Perak Mohd Azraai Khor Abdullah mengaku mempunyai banyak pilihan berikutan pendedahan diberikan kepada lapan pemain Piala Presiden ketika Liga Super lalu.

Kini pemain terbabit seperti Muhammad Syamil Khairi, Mohd Norhakim Isa, G Mugenthiran, Amirul Azahan Aznan dan Mohd Haizal Faquan Sadarudin bersedia pada bila-bila masa menggantikan pemain senior pada saingan Piala Malaysia, 20 Ogos ini.

“Saya tidak bimbang jika menghadapi masalah kecederaan atau penggantungan kerana mempunyai khidmat lapan pemain muda yang sudah diberi pendedahan secukupnya.

“Kami sudah sedia menghadapi kempen Piala Malaysia.

“Hanya perlu mantapkan persefahaman pasukan antara pemain utama dan simpanan,” katanya.

Menurutnya detik kebangkitan Seladang sudah mula dirasai dalam baki empat perlawanan liga yang menyaksikan Perak mencatat dua kemenangan, satu seri dan sekali kalah.

“Setiap pemain bersemangat dan saya harap perwatakan mantap ditunjuk pada penghujung liga dijelmakan sekali lagi dalam saingan Piala Malaysia.” Azraai yang mempunyai nostalgia cemerlang dalam trofi Piala Malaysia bersama Kedah dan Negeri Sembilan berharap dapat melakukan sentuhan magis bersama Seladang pula.

“Jika pemain mampu melaksanakan perancangan dengan berkesan, saya yakin Perak mampu ke final.”

Artikel asal di myMetro.

Marilah berazam Raya bersama Watsons, dengan Faizal Tahir!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply