Rafael Novais by Yusrie ZulkifliJentera serangan perlu menyengat manakala benteng harus kental. Itulah yang perlu dilakukan jika Perak ingin pergi jauh dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Pendapat itu disuarakan awang import, Rafael Souza Silva Novais selepas dua masalah menyelubungi skuad Seladang itu menjejaskan pencapaian pasukan Kejor Yob Kejor pada saingan Liga Super apabila hanya menjaringkan 23 gol dan dibolosi 27 kali.

“Statistik ini tidak memberangsangkan, malah pencapaian kami dalam liga turut terjejas akibat dua kelemahan itu. Justeru kedua-dua bahagian perlu dipertingkatkan jika ingin lebih berjaya,” katanya.

Tanpa mahu menuding jari kepada sesiapa, Rafa berkata, setiap anggota bertanggungjawab memastikan kemampuan pasukan meningkat pada saingan Piala Malaysia.

“Kemampuan Perak setaraf pasukan elit lain tapi kami dikecewakan penyudahan tumpul selain kelalaian dan kesilapan saat akhir yang membolehkan lawan menjaringkan gol.

“Semua ini perlu berakhir dengan jentera serangan memanfaat peluang manakala benteng mantap bertahan 90 minit.”

Pemain keturunan Brazil itu berkeyakinan tinggi rakan senegara, Paolo Rangel yang menyumbang sembilan gol dalam kancah liga lalu mampu meneruskan kecemerlangan untuk membantu Seladang.

Mengenai kegagalannya menyumbang sebarang gol setakat ini, Rafa berkata, ini disebabkan kawalan ketat diberikan lawan ketika sepakan sudut.

Artikel asal di myMetro.
Foto oleh Yusrie Zulkifli.

Marilah berazam Raya bersama Watsons, dengan Faizal Tahir!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply