Azraai Khor Abdullah 01Jurulatih yang memenangi Piala Malaysia musim 2007 dan 2008 selain dua lagi kejuaraan bersama Kedah, Azraai Khor Abdullah secara merendah diri menolak andaian bahawa sentuhan ajaib silamnya bakal berulang untuk menjulang Perak pula, musim ini.

Katanya, masa, suasana persaingan dan barisan pemain, jelas berbeza pada setiap pasukan yang diterajuinya walaupun selain Kedah, Negeri Sembilan turut pernah menikmati hasil kendaliannya sehingga memenangi Piala Malaysia 2011.

Apatah lagi saingan Kumpulan D Piala Malaysia yang bermula 20 Ogos ini, menemukan Seladang dengan juara Liga Super, LionsXII dengan kandang kebal mereka, Stadium Jalan Besar, Singapura dan juara Liga Perdana, Sarawak yang ditemani penyokong setia serta pasukan lamanya, Kedah.

“(Kejayaan) itu kisah lama. Setiap perlawanan berikutnya pasti sudah berlainan dan saya tidak simpan dendam pun pada mana-mana pasukan lawan. Cuma yang paling getir ialah LionsXII. Kebanyakan pasukan dari Malaysia memang menjadi mangsa mereka sebab tidak biasa (di Stadium Jalan Besar dengan padang tiruan).

“Kami bertemu dua juara dalam kumpulan ini, LionsXII juara Super dan juara Perdana, Sarawak yang bukan mudah kerana mendapat sokongan padu penyokong tempatan. Sasaran Perak ialah ke suku akhir terlebih dulu dan yang terpentingnya persediaan rapi kami,” katanya.

Artikel asal di Utusan Online.

Marilah berazam Raya bersama Watsons, dengan Faizal Tahir!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply