Lazada Malaysia
 

Azraai Khor AbdullahLaluan sukar buat Perak! Begitulah pandangan jurulatih Seladang, Mohd Azraai Khor Abdullah mengenai peluang pasukan itu yang diundi bersama Lions XII, Sarawak dan Kedah dalam kempen Piala Malaysia 2013 bermula 20 Ogos ini.

“Mempunyai dua juara dalam kumpulan iaitu juara Liga Super dan Liga Perdana serta Kedah yang mempunyai rekod cemerlang dalam kancah Piala Malaysia bukan sesuatu yang mudah.

“Malah saya yakin sudah tentu saingan dalam kumpulan ini amat sengit,” katanya.

Justeru katanya, pemain Perak perlu turun cukup bersedia dalam setiap perlawanan bagi memastikan kejayaan.

Azraai berkata Perak mempunyai tugas sukar di tempat lawan kerana beraksi di hadapan penyokong tegar pasukan Kedah dan Sarawak.

“Sarawak dan Kedah mempunyai penyokong fanatik yang mampu melonjak semangat pasukan setiap kali perlawanan diadakan di Kuching dan Alor Setar.

“Manakala bermain di atas padang rumput tiruan di Stadium Jalan Besar yang menjadi kebimbangan pasukan dari Semenanjung selama ini juga satu lagi masalah yang perlu diberi pertimbangan,” katanya.

Artikel asal di myMetro.

Marilah berazam Raya bersama Watsons, dengan Faizal Tahir!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply